Monday, March 3, 2014

Baby BLue Cheese Tart Sedap Syok Sendiri

Semalam diopis, seorang member bagi makan cheese tart yang emak dia buat.....bermulalah kengidaman aku terhadap cheese tart, apa lagi balik kerja terus ke baked shop beli bahan-bahan yang patut untuk menjayakan cheese tart pada malam ini.

Sampai sampai kedai, hujan turun dengan lebatnya, namun...aku redho demi cheese tart yang 5 jam lalu aku idam idamkan. Arghhh dulik! biar hujan, biar kilat petir biar aku terpaksa meredah butiran butiran air rahmat Allah, tetap! tetap aku gagahkan diri kerana.....satu ni jek kedai baked kat area taman rumah aku!

Nak buat cheese tart ni sebenarnya mudah puan puan, bukan payah pom....semalam aku beli shell yang dah siap siap kat kedai malas kut nak tunggu satu hari storage doh dalam ice box. Tapi takpe takpe aku ajar jugak macam mana nak buat shell/ tart ni ok.

Kebahan-bahannya puan puan


amik gambar dari blog org (minta halalkan yea empunya blog, nak share ilmu sama sama)


170 grams marjerin/ butter
50 grams gula aising
1 biji telur Gred C (maksud tersirat disini adalah telur yang kecil sizenya)
290 grams tepung gandum
1 sude kecil esen vanilla
Acuan tart

Kaedahnya

Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula.
Jangan putar lama sangat.

Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.



Lagi sekali rembat gambor orang


rembat rembat lagi

Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese. 

 Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

ok yang ni bab susun shell lam loyang petak dan lepas itu filling dalam shell, hok ni memey gambor ambo sendiri hokay




bagaimana nak buat adunan cheese yang bkrim gebus itu? kaedahnya sangat la senang uiii~

sila sediakan bahan-bahan ini yea mak nenek
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.


setelah selesai filling kesemua shell tart, apa lagi sesi meng deco deco decoooo lerr


untuk tujuan kecantikkan pada cheese tart masing masing, silalah pilih warna kegemaran anda untuk menghias diatas topping cheese yang putis gebus ini, sebelum meletakkan warna pebret, sila amik sedikit bagi adunan krimy cheese dan campurkan dengan beberapa titis warna kegemaran anda, gaul sebati agar warna tidak bertompok dan barulah gunakan adunan berwarna itu untuk berdeco

jangan terlalu lama berdeco kerana adunan cheese akan menjadi keras sedikit dan ini akan menyukarkan anda untuk melukis/ menconteng keatas topping dan akan jadi tak cantek...tak cantik macam kak ton giteww~


Apabila selesai berdeco/ menconteng/ melukis ke atas topping, macam biasa peraturan membaking. sila panaskan oven kepada suhu 170 celcius selama 10 minit, api biarkan tala atas bawah (saya letak tray bawah masa baked) dan bakor selama 5 minit sahaja...niat sahaja aku bakar tart ini selama 5 minit kerana Allah Ta'ala...dapat pahala tau buat semua kerana Allah...ha gituhhh~ gigih akak dek!

Selesai 5 minit, lihat pada isi tart dengan menyentuh dengan hujung jari anda, sekiranya cheese masih melekat pada jari maknanya belum complete baked, so sila extend panas lagi selama seminit dua.

Dah siap? kalau dah siap keluarkan dari oven anda dan biarkan sejuk kejap pastu masukkan balik kedalam fridge selama sejam pastu dah boleh makan dengan bernafsunya muahhahaha!



tadaaaaaaaaaaaaa...gigih tak kak ton?? gigih gituh~ tengoklah macam macam bentuk conteng bila semua gila nak menconteng kihkihkih 
(termasuk mama, shana & bcha pom sekali conteng!)

Selamat Mencubo dan menjamu selera bersama hasil mini cheese tart kesayangan anda!